Suatu ketika dahulu, ketika aku masih di sekolah menengah, aku sering pertikaikan soal perhubungan dan cinta. Tak ku fahami apa itu Cinta ketika itu. Tika itu, kepercayaan ku pada lelaki begitu tipis. Tika ini juga, padaku percintaan hanya sementara dan terlalu fana. Kau tersenyum di saat bahagia dan kau menangis di akhirnya. Bahagia itu terlalu sebentar dan aku khuatir, apakah berbaloi menangis sakit untuk kebahagian itu?
Membesar dengan kefahaman yang sama, kepercayaan dan pengertian yang kurang terhadap Cinta dan perasaan antara lelaki dan perempuan. Ya, aku juga pernah 'crush' pada beberapa orang. Tika di zaman persekolahan. Namun meningkat dewasa, hati ini dipetik seorang senior. Yang kemudian ku dipermainkan. Aku bersyukur perasaan tika itu hanya 'crush' dan berbunga sahaja.
Menjejak ke alam Degree, sekali lagi hati ku dipetik seseorang. Hati ini Ya Tuhan, berdetik tika ku lihat dia dari hujung Auditorium ke hujung yang lain. Tika dia bersorak dan mengetuai pasukannya, aku pegun seketika. Siapa tu?
Hari demi hari berlalu hingga kami menyulam kasih. Buat kali pertama, Cinta hadir dalam hidupku. Tika aku berusia 23 tahun, aku kenal erti Cinta buat pertama kalinya. Hati ini, sungguh bahagia dan sukaa. Segalanya indah, bukan?
Setelah hampir setahun berpasangan, kau pudar. Dan aku juga makin 'clingy' sedangkan kau begitu sibuk ketika ini. Aku sedar aku kian menjadi beban yang kau harus pikul. Percayalah, setinggi dan sedalam mana pun perasaan aku pada kau, aku sama sekali tidak mahu menjadi beban walau sekelumit. Aku sayang kau, AAR. Aku mahu menjadi orang yang berada dibelakang mu untuk kau berjaya, dan bukan menarik mu kebelakang. Aku tahu perasaan pabila kau tahu kau bisa buat lebih baik namun kau tersekat dan tertarik.
Dan kita putus~ Atas desakan ku dan jawapan mu. Kita putus. Kita tak punya ulangtahun dan tarikh rasmi seperti orang lain. Maka agak sukar untuk mengira tempoh hubungan ini.
Sakitnya, tak ku bendung. Hingga ke hari ini, setelah 4 bulan, 3 hari kita putus, aku masih menangis setiap hari. Aku masih fikir tentangmu setiap hari. Kau sudah bahagia sekarang bersama dia. Aku juga mahu redha dan mendoakan kalian.
Kini aku, tidak kenal lagi apa itu Cinta. Kerana tika bersamamu, hatiku keras mengatakan 'Kau, orang yang ku idamkan. Kau, orang ku lihat dalam masa depanku'. Kini ku buta. Aku sudah tidak tahu perkara 'real' dan bukan. Bagaimana mahu ku percayakan kewujudan Cinta? Sedangkan penceraian wujud setelah pernikahan. Bagaimana mahuku percayakan Cinta sedangkan perasaan itu tak dapat diukur. Bagaimana mahu ku percayakan Cinta, sedangkan hati bisa berubah. Hari ini kau cinta dia, esok kau mungkin membencinya.
Enlighten me! Bagaimana mahu ku percaya Cinta itu wujud dan bukan fantasi? Cinta itu jujur dan setia? Segalanya hanya perjudian. Terlalu subjektif! Aku tenggelam dan hidup ini begitu suram. Aku lemah, AAR. Bagaimana bisa ku yakin 'he's the one' pabila orang yang ku yakini telah tawar perasaannya terhadapku.
Apakah itu perasaan dan hubungan antara dua insan? Dimana jaminannya?
Yang aku yakini kini, tiada gunanya percintaan dan pernikahan. Kerna itu hanya fiksyen. Tiada gunanya mengikat hubungan dengan pernikahan, jika hatimu tak diikat dan terus terbang melayang.
Aku, cintakan kau walau mungkin saat ini kau sedang bergembira bersamanya.
Tuhan, jodoh itu rahsiaMu. Maka kau kuatkan lah aku. Tak bisa ku ungkap semua luahan ini pada ibu dan ayah ku kerna ku tak mahu mereka sakit dan risau, gundah melihat anaknya. Ya Tuhan, tenangkan aku. Moga aku juga temui diriku yang telah hilang dan mati sekian lama.
Putusnya hubungan kami, aku juga mati, kelu tak bermaya. Tiada lagi keriangan dan kekecohan dalam hidup ini.
Aku tak pernah menyesal mengenalimu. Tapi ku kesal tindakan ku. Aku harap satu hari nanti kau pulang padaku dan aku masih disini. Pulanglah segera, pleaseeee.
Tapi itu terlalu mustahil, kan? Teruskan kebahagiaanmu. aku rela melihatmu gembira dari kau terus terbeban, kerna perasaan ini buatmu begitu berat dan besar sekali.
Hingga aku juga gagal membedungnya.
Bobu <3