Monday, September 23, 2019

Terangkan aku, apa itu Cinta!

Suatu ketika dahulu, ketika aku masih di sekolah menengah, aku sering pertikaikan soal perhubungan dan cinta. Tak ku fahami apa itu Cinta ketika itu. Tika itu, kepercayaan ku pada lelaki begitu tipis. Tika ini juga, padaku percintaan hanya sementara dan terlalu fana. Kau tersenyum di saat bahagia dan kau menangis di akhirnya. Bahagia itu terlalu sebentar dan aku khuatir, apakah berbaloi menangis sakit untuk kebahagian itu?

Membesar dengan kefahaman yang sama, kepercayaan dan pengertian yang kurang terhadap Cinta dan perasaan antara lelaki dan perempuan. Ya, aku juga pernah 'crush' pada beberapa orang. Tika di zaman persekolahan. Namun meningkat dewasa, hati ini dipetik seorang senior. Yang kemudian ku dipermainkan. Aku bersyukur perasaan tika itu hanya 'crush' dan berbunga sahaja.

Menjejak ke alam Degree, sekali lagi hati ku dipetik seseorang. Hati ini Ya Tuhan, berdetik tika ku lihat dia dari hujung Auditorium ke hujung yang lain. Tika dia bersorak dan mengetuai pasukannya, aku pegun seketika. Siapa tu?
Hari demi hari berlalu hingga kami menyulam kasih. Buat kali pertama, Cinta hadir dalam hidupku. Tika aku berusia 23 tahun, aku kenal erti Cinta buat pertama kalinya. Hati ini, sungguh bahagia dan sukaa. Segalanya indah, bukan?

Setelah hampir setahun berpasangan, kau pudar. Dan aku juga makin 'clingy' sedangkan kau begitu sibuk ketika ini. Aku sedar aku kian menjadi beban yang kau harus pikul. Percayalah, setinggi dan sedalam mana pun perasaan aku pada kau, aku sama sekali tidak mahu menjadi beban walau sekelumit. Aku sayang kau, AAR. Aku mahu menjadi orang yang berada dibelakang mu untuk kau berjaya, dan bukan menarik mu kebelakang. Aku tahu perasaan pabila kau tahu kau bisa buat lebih baik namun kau tersekat dan tertarik.

Dan kita putus~ Atas desakan ku dan jawapan mu. Kita putus. Kita tak punya ulangtahun dan tarikh rasmi seperti orang lain. Maka agak sukar untuk mengira tempoh hubungan ini.

Sakitnya, tak ku bendung. Hingga ke hari ini, setelah 4 bulan, 3 hari kita putus, aku masih menangis setiap hari. Aku masih fikir tentangmu setiap hari. Kau sudah bahagia sekarang bersama dia. Aku juga mahu redha dan mendoakan kalian.

Kini aku, tidak kenal lagi apa itu Cinta. Kerana tika bersamamu, hatiku keras mengatakan 'Kau, orang yang ku idamkan. Kau, orang ku lihat dalam masa depanku'. Kini ku buta. Aku sudah tidak tahu perkara 'real' dan bukan. Bagaimana mahu ku percayakan kewujudan Cinta? Sedangkan penceraian wujud setelah pernikahan. Bagaimana mahuku percayakan Cinta sedangkan perasaan itu tak dapat diukur. Bagaimana mahu ku percayakan Cinta, sedangkan hati bisa berubah. Hari ini kau cinta dia, esok kau mungkin membencinya.

Enlighten me! Bagaimana mahu ku percaya Cinta itu wujud dan bukan fantasi? Cinta itu jujur dan setia? Segalanya hanya perjudian. Terlalu subjektif! Aku tenggelam dan hidup ini begitu suram. Aku lemah, AAR. Bagaimana bisa ku yakin 'he's the one' pabila orang yang ku yakini telah tawar perasaannya terhadapku.
Apakah itu perasaan dan hubungan antara dua insan? Dimana jaminannya?

Yang aku yakini kini, tiada gunanya percintaan dan pernikahan. Kerna itu hanya fiksyen. Tiada gunanya mengikat hubungan dengan pernikahan, jika hatimu tak diikat dan terus terbang melayang.
Aku, cintakan kau walau mungkin saat ini kau sedang bergembira bersamanya.

Tuhan, jodoh itu rahsiaMu. Maka kau kuatkan lah aku. Tak bisa ku ungkap semua luahan ini pada ibu dan ayah ku kerna ku tak mahu mereka sakit dan risau, gundah melihat anaknya. Ya Tuhan, tenangkan aku. Moga aku juga temui diriku yang telah hilang dan mati sekian lama.
Putusnya hubungan kami, aku juga mati, kelu tak bermaya. Tiada lagi keriangan dan kekecohan dalam hidup ini.

Aku tak pernah menyesal mengenalimu. Tapi ku kesal tindakan ku. Aku harap satu hari nanti kau pulang padaku dan aku masih disini. Pulanglah segera, pleaseeee.
Tapi itu terlalu mustahil, kan? Teruskan kebahagiaanmu. aku rela melihatmu gembira dari kau terus terbeban, kerna perasaan ini buatmu begitu berat dan besar sekali.
Hingga aku juga gagal membedungnya.

Bobu <3 

Friday, January 17, 2014

sungguh aku rindu saat itu

rindu nya nak menyanyi dalam kelas macam dulu ..
memekik . dan memekak. serabut ? 
siannye ~

rindunya nak makan orang suap . makan dalam talam . yang dalam sesaat makanan itu ghaib ! haik ? hilang dah ? cepat gile . serius ! kebulurrr !

rindu aroma kopi dan nescafe ditengah malam .
di saat asrama itu ibarat kita yang punya
di saat suara menggantikan speaker . pekikkan menggantikan siren . laungan bergema menggantikan sound asrama .

masih kau ingat ? lagu yang kita nyanyi bersama .
apa masih segar diingatan mu , permainan yang kita mainkan .
ditengah malam . yup ! tengah malam . ( macam hantu la pulak )
yang tidurmu di atas pangkuan ku . dan tidur ku di atas pangkuan mu.
berhimpit . macam anak tikus ? ha3 . anak itik lah !

berjalan beriringan . seiring . berpegang tangan . hoit ! les eh ?
ha3 . tak lah . girlfriend ~

sungguh ya Tuhan .
ku rindu bau padang . bau tar .
bintang yang bertaburan . pemandang terindah dari KUBAH MASJID TOK GURU .
subhanallah ~

mok long . tembus tingkap . bakar mangga . ponteng . pok cik madi ? . mok doh . fly ..

rindu nak berkeliaran dimalam hari . diwaktu petang . senja .
rindu suasana tue . rindu segalAnya .
sebab ape ?
sebab AKU RINDU KAMOOOO !


-published on facebook, 10 april 2013

Selagi benih iman itu subur dijiwa mu~

ke mana pun kau melangkah , hati mu tak perlu gusar .
selagi kau yakin ,
selagi kau terus berharap , 
selagi kaki mu tidak pernah berhenti melangkah ,
selagi bibirmu tidak pernah berhenti memohon ,
selagi hati mu tidak pernah berhenti berdoa ,

-sabda Kekasih Allah : " pOHON lah ampun daripada Allah, nescaya Dia akan mengampunkan mu
dan apabila kau melakukan maksiat, pohon lah ampun ."

bertanya para sahabat :' sampai bila, ya Rasul ? Sampai bila Allah akan tetap mengampunkan kami apabila kami memohon ampun setelah melakukan dosa?'

kata Rasul " sehingga kau jemu memohon ampun daripada-Nya "
. subhanallah.

maka . minta lah .  dan pohonlah , belas ehsan dan rahmat-Nya 
kerna apa yang kau perlu semat utuh di hati mu , 
hanyalah kepercayaan dan keyakinan pada-Nya .
kenapa ?

kerna Dialah 'kabel' terbesar di dunia .
nge~ tak usah susah-susah meminta bantuan orang . sebab apa yang perlu dilakukan hanya hamparkan sejadah . mohon . pinta. dengan rendah hati . moga dibukakan jalan-jalan yang sentiasa diredhaiNya~

dan ke mana pun kalian melangkah , doa ku ibarat bayang-bayangmu .
pergilah . mengembarahlah . sebab Allah pun menggalakkan hambaNya mengembara . untuk mengambil pelajaran di dunia . ambil iktibar . dan untuk memahami bagaimana penciptaan dan kejadian segala sesuatu . 

Ukhwah si kecil di kampungku ~ Kampung Kuaw

Ditakdirkan pada suatu malam ,
Masa nak drive balik daripada tempat mengaji , 4,5 kali enjin mati . sangkaku disebabkan pengawalan clutch yang kurang mahir. 
Kemudian muncul la 2 , 3 orang budak-budak dekat pintu balai soh(surau) itu . mengintai . gelak .
cis ! malu kot. dan sekali lagi , kereta itu gagal diundurkan . 
Dan pada ketika itulah , datang beberapa orang budak-budak . Membawa lampu suluh . ha3 . 
Dan rupanya , sebab ter'parking' di atas timbunan pasir , menyebabkan tayar depan sudah tertimbus ke dalam sedikit .
" hish ! keno tolok keto ni nih ! "
" mari . mari . kito pakak tolok "
Heh ? Aku yang tercengang . Masakan budak-budak ini nak tolak kereta aku ? 

Sugguh, tidak aku ragui kekuatan mereka . cuma runsing . agak ah . budak2 umur bawah 12 tahun semua .
dan akhirnya , ahah !

 Bersorak sakan mereka apabila berjaya menggerakkan kereta itu .
Dan pada saat itulah, aku terfikir. Terfikir dan terasa .
dalam keindahan yang menyelubungiku, terselit suatu perasaan malu.

Malu padu ukhwan. Benarlah . 
" andai madu tahu betapa manisnya ukhwah, 
maka pastinya ia tersipu-sipu malu "

ah ! Indah bukan ukhwah itu ? Bantu membantu . 

Seperti yang aku pelajari di mts . nge~
bantuan yang tak pernah diminta imbalan . 

Nescaya telah berjaya mencetuskan satu rasa yang indah , dihati aku . 
Dan semestinya dihati mereka jua . 
Alangkah INDAHNYA hidup, andai sikap ini diamalkan sehingga akhir hayat kita . ngee . membantu manusia dalam kesusahan .

Sahabat . tak kan dapat ku cari ganti . dan kalau kita terpisah , maka . . . ku titip kan kalian pada Allah . moga Allah mengasihani mu sebagaimana kamu mengasihi ku + aku mengasihi kamu ~


-published on facebook, 13 Mac 2013

Ibuku, Noorma bt Abu Bakar

Pernah kau tengok ?
Seorang wanita yang telah mendirikan rumah tangga , , tapi tidurnya awal demi menjaga wajahnya . . 
Pernah kau lihat ? 
Seorang insan yang bergelar ibu , , tapi bangunnya setelah fajar menyingsing ?
Apa pernah kau lihat ?
Seorang ibu yang tidurnya lena, , tanpa gangguan , tanpa memikirkan keadaan anak-anaknya ? Tanpa memikirkan pakaian mereka ? Tanpa memikirkan makan mereka pada keesokan hari, ,tanpa memikirkan keselesaan tidur cahaya matanya . . .
Apa pernah kau saksikan?
Kelesuan seorang ibu ? Namun hari-harinya tetap tabah dijalani . Walau telah diherdik si anak . Walau telah dikutuk si anak ?
Apakah kau mengerti keletihan itu ?
Hah ! Mungkin kerna apa yang kita tahu hanyalah , , keletihan kita. .
Mungkin , , kita telah dikaburi ego . Ya! Satu rasa yang sememangnya telah membutakan kita ,satu rasa yang telah menutup mata hati ini ,
Daripada terus melihat ke dalam kalbu si ibu ,
Daripada terus menusuk ke dlm hati nya
Cubalah , sayang ku, ,
Kita renangi lautan kasih itu , nescaya tidak akan pernah kau jumpa daratan ,
Dek luasnya kasihnya~

Dr pengalaman ku , , , tiada seorg pun ibu bapa , , yang tidurnya tidak diselangi dengan lawatan ke bilik si anak , ,
Bagi melepaskan kerinduan, menghilAngkn kegusaran yang kian bersarang di hati ,

Tepuklah iman , ,
Apakah kini kau masih menyalami ibu bapa mu sebelum kau keluar ?
Apakah kini, kau masih meminta izin dan tunjuk ajar daripada mereka ?
Apakah kini , , ,tidur mu telah kau lengkapi dengan pohonan ampun -daripadaNya ? Dan daripada ibu dan ayah ?
Mengapa ?
Masa kau kecil , , ungkapan "terima kasih " begitu ringan meniti dibibir mu ?
Mengapa ?
Masa kecil mu kau mampu meluahkan rasa kasih mu terhadap mereka ?
Tapi , mengapa tidak kini ?

Jom ! Untuk peringatan bersama , ,moga Allah tidak menarik iman n cahayaNya daripada hati kita ,


-published on facebook , 3 Jan 2013
( sambil tengok mak tengah gosok baju )